Sunday, December 20, 2015

Bercuti di Tiara Beach Resort/ Primaland Port Dickson

unit homestay di Port dickson sedia untuk ditempah..
sila hubungi saya untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.
Haida 012.2020.967

Harga yang ditawarkan adalah
weekday = RM130/night
weekend/public/school holiday = RM150/night
harga istimewa diberi untuk menginap lebih dari 1 malam.

untuk gambar unit homestay, boleh refer/rujuk post kami yang lalu:
http://homestaydikb.blogspot.my/2011/03/bilik-untuk-di-sewa-di-tiara-beach.html

Cafe Hipster Popular di Sekitar Kota Bharu

Seiring dengan trend hipster yang sedang popular sekarang ini, cafe hipster mula wujud di sekitar kota bharu.
kami listkan beberapa cafe hipster yang menarik untuk dicuba.



1. Rooftop Walaweh Cafe and Bistro
Recommended menu: Meatballs | Grilled Chicken Chop | Jus Buah-Buahan
Alamat: Jalan Dusun Muda, 15200 Kota Bharu (berhampiran Warrior Fitness gym)
Waktu Operasi: 3 petang - 12 tengah malam




2. The Bold Lab
Recommended Menu: Bold Breakfast | Shibuya Honey Toast | Matcha Waffles | Iced Coffee Cubes
Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Hospital, 15150 Kota Bharu
Waktu Operasi:
- 11 pagi - 11 malam (Selasa - Khamis; Sabtu dan Ahad)
- 9 pagi - 12.30 petang; 4.30 petang - 11 malam (Jumaat)
- Tutup pada hari Isnin
No. Telefon: +609 743 3868


3. Sweetheart Coffee Shop
Recommended menu:: Sweet & Sour Chicken Chop | Spicy Olio Pasta | Honey Buttermilk Waffles | Vanilla Milkshake
Alamat: 6022 Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu
Waktu Operasi: 11 pagi - 10.30 malam (tutup pada hari Ahad)
No. Telefon: +609 743 8618

4. Lugano Coffeehouse
Recommended menu: Lamb Chop | Pancakes | Macarons | Matcha Latte
Alamat: Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu
Waktu Operasi: 10 pagi - 1 pagi
No. Telefon: +609 747 8877

5. Chapter Cafe
Recommended menu: Seafood Pasta | Soft Shell Crab Burger | Bread & Butter Pudding | Classic Baked Cheesecake
Alamat: Lot 1084, Sek 29, Tmn Tengku Ahmad Panglima, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu
Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (tutup pada hari Isnin)
No. Telefon: +609 743 3787

6. Arnold Cycling Cafe
Menu Menarik: Chocolate Butterscotch Frappe | Hazelnut Mocha | Oreo Mille Crepe
Alamat: Lot 2-10, KB Mall, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu
Waktu Operasi: 10 pagi - 10.30 malam
No. Telefon: +609 748 2888
  • kredit: http://says.com/

    Wednesday, December 16, 2015

    Lokasi Adventure di sekitar Kelantan

    Negeri Kelantan mempunyai banyak tempat-tempat mencabar yang menarik untuk dikunjungi. Selain dapat melakukan aktiviti lasak dan mencabar, pengunjung turut dapat menghayati keindahan alam semulajadi yang terdapat di sekitar Kelantan. 

    TAMAN NEGARA KUALA KOH
    Taman Negara ini terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.

    Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai. 

    Taman Negara Kuala Koh terkenal dengan kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.

    Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.

    Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.

    TASIK PERGAU
    Bercuti ke Taman Santuari Tasik Pergau di Batu 18, menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi hasil pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau.

    Tasik ini berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung kerana suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Pergau satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa.

    Pengunjung hanya perlu memandu kira-kira dua jam dari bandar Kota Baharu. Berada pada paras ketinggian 720 meter (2,400 kaki) dari aras laut, suhu sehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan. Selain itu, keistimewaan Tasik Pergau adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam.

    Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar, yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi kaki pancing, di situlah 'syurga' untuk menangkap spesies lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.

    Pengunjung hanya perlu menyewa bot untuk jelajah pulau-pulau di tasik berkenaan. Sepanjang perjalanan ke pulau, pengunjung disajikan panorama alam semulajadi yang kaya dengan aneka flora dan fauna serta jajaran pokok kelapa dengan pelepah yang melambai-lambai ditiup angin serta rumpunan pokok buah-buahan melengkapkan keunikan tasik itu.

    Tasik Pergau seolah-olah tidak mati pada sebelah malamnya. Dengan hanya RM70, termasuk kos menaiki bot, setiap pengunjung dapat bermalam di calet terapung yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar) di tasik tersebut. Malah, 30 tapak perkhemahan disediakan bagi mereka yang mahu merasai kedinginan malam.

    Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti kayak dengan harga RM20 bagi dua orang ataupun treking hutan dengan diiringi pemandu pelancong bertauliah.

    GUNUNG STONG
    Gunung Stong merupakan salah satu gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah Asia dan burung-burung bukit batu kapur termasuk layang-layang gua.

    Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan kelima dalam senarai 10 tempat yang menarik dan tertinggi untuk ekotourism di Malaysia. Gunung Stong memang tersohor dengan Air Terjun Jelawang yang tingginya 305 meter dan tidak mustahillah air terjun ini merupakan tertinggi di Asia.

    Aktiviti 'hiking' di bukit-bukit batu kapur di sekitar kawasan ini boleh mendedahkan pengunjung kepada beberapa jenis flora dan fauna yang unik dan sukar didapati di tempat lain. Setelah penat pendakian yang ditempuhi, anda akan sampai ke air terjun Gunung Stong untuk menikmati airnya yang sejuk dan dapat menghilangkan kepenatan.

    Antara panorama-panorama yang menarik sekitar Gunung Stong ialah:
    Gunung Ayam
    Gunung Ayam yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong. Suasana dalam hutan ini sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah dan harimau.

    Gua Rantai
    Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai di dalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi keseronokkan kepada pengunjung.

    Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri
    Air terjun ini agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini sama ada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.

    Telaga Tujuh
    Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.
    Air Terjun Dua Gunung
    Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.

    GUA IKAN
    Nama Gua Ikan diperoleh ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Ianya mempunyai mitos tersendiri bahawa terdapat sejumlah besar ikan menghuni di gua tersebut dan ia juga dijadikan lokasi bagi masyarakat Melayu kuno untuk melangsungkan acara perkahwinan.
     
    Terdapat gua-gua lain di sekitarnya seperti Gua Gelap atau Gua Batu Susun, Gua Keris dan Gua Pagar.

    GUA GELAP
    Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.

    Kebanyakan lapisan batu yang tersusun itu telah diusik dan digerakkan oleh mereka yang mencari batu zamrud yang kononnya banyak terdapat di gua itu ditambah dengan vandalisme.

    Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekala, pancaran cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap.

    Pengunjung perlu melalui Gua Gelap dengan berjalan mengiring dan kemudian merebahkan badan secara melentang sejauh kira-kira 20 meter untuk melepasi pintu gua yang rendah dan sempit.


    GUA KERIS

    Pengunjung perlu memanjat batu yang agak licin dan sebaik tiba di dalamnya anda akan melihat terpacaknya 'sebilah keris' yang terbentuk hasil cantuman stalaktit dan stalagmit.

    Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat.

    Keindahan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang terukir secara alami yang antaranya berkilauan apabila terkena cahaya akan melekakan setiap pengunjung ke gua itu yang menyimpan banyak kisah silam.

    Di gua itu terdapat sejenis flora istimewa yang sukar ditemui di tempat lain yang dikenali sebagai 'Vaughan's Balsam'. Selain di situ, ia dikatakan hanya terdapat di Perlis dan Selatan Thailand.

    Di situ juga anda dapat menemui pelbagai haiwan dan serangga seperti sejenis kala jengking yang sekali imbas kelihatan seperti labah-labah dan dapat menyaksikan sekumpulan kelawar bergayutan di bumbung gua.

    Apa yang pasti, sekurang-kurangnya tempoh setengah hari diperlukan untuk mereka yang benar-benar ingin meneroka keseluruhan gua-gua di sini, apa lagi bila anda terpegun melihat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit hasil hakisan air dalam gua sejak jutaan tahun lalu yang menghiasi gua-gua berkenaan.
    kredit: tempat-tempatyangmenarikdikelantan.blogspot, muridguru.blogspot

    Tuesday, December 8, 2015

    Homestay di Jalan Klang Lama (Old Klang Road) / Puchong, Kuala Lumpur

    Alhamdulillah, kami telah membuka 1 unit homestay baru terletak di Jalan Klang Lama (old klang road) / Puchong, Kuala Lumpur.

    Kemudahan yang disediakan di dalam homestay di KL ini:
    • 2 bilik tidur
    • 1 aircond di bilik tidur utama
    • 2 bilik air
    • Dapur + peralatan memasak + pinggan mangkuk
    • Peti sejuk + rice cooker + kettle
    • Ruang tamu + ruang makan yang selesa.
    • TV
    • Mesin basuh
    • Iron board + iron
    • Sejadah + Telekung untuk beribadat.
    • Dan banyak lagi


    Kelebihan Homestay di Old Klang Road ini:
    • Bersebelahan Masjid Abdul Rahman bin Auf
    • Bersebelahan Klinik Kesihatan Petaling Bahagia
    • Berdepan KFC
    • Berdekatan pelbagai kedai makan


    Lokasi berdekatan dgn Homestay di KL ini:
    • 5minit Stesen Komuter Petaling
    • 5minit Mid Valley Mega Mall
    • 10minit Pusat Bandar Petaling Jaya
    • 10minit Kuala Lumpur Sentral Station (KL Sentral)
    • 10minit Kompleks Sukan Bukit Jalil
    • 10minit Sunway Lagoon Theme Park
    • 15minit  Kuala Lumpur City Centre (KLCC) 
    • 30minit Putra World Trade Centre (PWTC
    • 45 minit Kuala Lumpur International Airport (KLIA) 


    Alamat: 
    Pangsapuri Tulin, Jalan Sri jati3, Taman Sri Jati, 58200 Kuala Lumpur.

    Kami menawarkan harga serendah:
    RM200/mlm weekday
    RM250/mlm weekend


    Cepat!! book slot anda dengan segera. Kami menantikan kedatangan anda. 

    Sila hubungi kami di talian : 012.2020.967


    Ruang Tamu
    Ruang Tamu
    Ruang Dapur

    Ruang Makan



    Tuesday, December 1, 2015

    Homestay Di Kota Bharu Yang Berdekatan Dengan Kubang Kerian

    Alhamdulillah, bulan ini kami baru sahaja berjaya mengadakan sebuah unit homestay yang berada bersebelahan dengan Kubang Kerian, Kota Bharu.

    Jarak homestay ini dengan HUSM Kubang Kerian tidak sampai 10 minit.
    Manakala jarak homestay ini dengan bandar Kota Bharu sekitar 10minit sahaja.

    Lokasi homestay ini padat dengan kedai makan, kedai runcit, klinik dan lain2 keperluan asas. Dan yang utamanya homestay ini tidak dinaiki banjir besar yang melanda pada tahun 2014 yang lalu.

    Homestay di Kota Bharu ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur yang besar dan selesa.
    *3 bilik tidur
    Bilik 1 Aircond+kipas siling+Katil Super King
    Bilik 2 Kipas siling+Katil Queen
    Bilik 3 Kipas Siling+Katil Single
    *2 bilik air
    *Water heater
    *Dapur + peralatan memasak + pinggan mangkuk
    *Peti sejuk + rice cooker + heater
    *Ruang tamu +ruang makan yang selesa.
    * TV
    *Mesin basuh
    *Sabun + Tuala.
    *iron board + iron
    *Sejadah + Telekung untuk beribadat.
    *Ruang Letak Kereta berpagar (muat 2buah kereta)
    *Dan banyak lagi

    Kelebihan homestay kami:
    *10minit ke Kota bharu (HRPZ, KPJ Perdana, Stadium, Pasar Siti Khadijah, Muzium, Restoran Nasi Ulam)
    *10minit ke HUSM, Kubang Kerian
    *15minit ke airport, Universiti Msia Klntan (UMK), Pengkalan Chepa
    *20minit ke Wakaf Che Yeh
    *20minit ke KB Mall
    *25minit ke Pantai Cahaya Bulan
    *30minit ke Bachok
    *40minit ke Pengkalan Kubor
    *1jam ke Rantau Panjang
    *Dan banyak lagi

    Jangan tunggu lagi, sila booking sekarang utk mengelakkan homestay ini ditempah oleh orang lain.

    Harga yang kami tawarkan adalah serendah rm200/mlm utk weekday manakala rm250/mlm utk weekend/cuti sekolah/public holiday.

    Booking rm100 diperlukan untuk mengesahkan tempahan anda.
    Sila call Homestay Di KB di talian 012.2020.967

    Halaman Rumah/Ruang parking
    Ruang Tamu
    Dapur/ Ruang Makan
    Bilik Tidur 1
    Bilik Tidur 2
    Bilik Tidur 3

    Wednesday, November 25, 2015

    Pantai popular di Kelantan

    PANTAI CAHAYA BULAN

    Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan kerana ia merupakan lokasi pelancongan yang dekat dengan bandar Kota Bharu, kira-kira 10 km sahaja. Pantai ini semestinya paling popular bagi penduduk sekitar Kota Bharu dan antara destinasi pilihan yang paling mudah diakses.
    Pantai ini dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
    Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Uniknya pantai ini adalah mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang. Kemudahan yang selesa seperti kedai makan, gerai, tandas awam dan surau juga disediakan kepada para pengunjung.
    Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional. Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.
    Jika anda belum pernah menjejakkan kaki ke pantai ini, wajib datang ke sini jika anda menginap di sekitar Kota Bharu.
    Tip:
    1. Disepanjang jalan dari KB ke PCB terdapat banyak gerai yang menjual jagung rebus. Jangan lupa untuk membeli jagung rebus untuk di makan di PCB. Menikmati jagung panas sambil melihat keindahan pantai lebih memberi kepuasan dan menjimatkan poket.
    2. Harga makanan seperti seafood dan fishball celup tepung di sini agak mahal. Beli lah dalam kuantiti yang sedikit sebagai langkah berjimat.
    3. Kedai paling hujung yang paling dekat dengan pantai menjadi kegemaran penduduk tempatan kerana lebih murah dari kedai-kedai lain.
    4. Jika ingin makan, pilihlah kedai yang bersih.

    PANTAI TOK BALI

    Terdapat pelbagai cerita tentang asal nama pantai ini, yang paling popular ialah dimana seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran menemuinya dan mempelawa nelayan dari Bali tersebut tinggal di situ untuk beberapa tahun sebelum kembali ke Bali. Dari situlah, kawasan tersebut di beri nama Tok Bali, yang merujuk kepada nelayan dari Bali, Indonesia. Sejauh mana kesahihan, tidak dapat dipastikan Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri.
    Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja Tok Bali, ramai warga Kelantan yang mengakui kesegaran hasil laut yang ditangkap nelayan tempatan dan hasil tangkapan juga dijual dengan harga yang berpatutan.
    Selain itu, Tok Bali merupakan destinasi pelancongan yang menarik. Antara landmark utama ialah replika kapal serta jambatan melengkung kira-kira 300 meter panjang dan tinggi 100 meter bagi membolehkan bot nelayan melaluinya. Di kawasan pesisir pantai sepanjang kuala sungai itu juga merupakan lokasi sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Pesisir pantai yang cantik disaluti pasir yang putih serta landai semestinya menarik pengunjung untuk bercuti merehatkan minda.
    Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali. Terdapat banyak rumah tumpangan atau resort yang indah di sepanjang pantai tok bali. Resort dan rumah tumpangan ini semua berada di pesisir pantai mengadap Laut Cina Selatan
    Dari Kota Bharu Kelantan : Perjalanan dari bandar Kota Bharu ke Tok Bali mengambil masa 45 minit pemanduan dengan jarak 45 km melalui Bachok atau Pasir Puteh.

    PANTAI IRAMA BACHOK

    Pantai Irama terletak di pinggir Bandar Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.
    Pantai Irama amat meriah pada hujung minggu. ia amat sesuai untuk perkelahan keluarga dan mandi pantai. Pihak berwajib telah membina tambak batu melengkung bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Struktur permukaan dasar laut yang cetek dan ombak yang tidak kuat yang menjadikan kawasan ini lebih selamat untuk mandi-manda bersama keluarga dan anak kecil.
    Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
    Hanya di Pantai Irama terdapat pelbagai aktiviti berbayar menarik di hujung minggu untuk semua pelawat seperti; Banana Boat, ATV, Kereta Kuda, Basikal.
    Dari Kota Bharu : Perjalanan dari bandar Kota Bharu ke Pantai Irama mengambil masa 30 minit pemanduan dengan jarak 20km melalui Kota Bharu-Tawang-Bachok. Jalan masuk ke pantai irama boleh diakses sehingga di tepi pantai.

    PANTAI SRI TUJUH

    Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat,Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana pembentukan 7 buah teluk/lagun di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat.
    Tarikan utamanya bagaimanapun terletak pada fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain. Daripada sebuah pantai yang sebelum ini pernah diancam hakisan teruk, pemandangan semulajadinya berubah menjadi tarikan kepada pengunjung dari luar.
    Lebih menarik apabila melihat kesibukan bot nelayan yang berlepas ke laut dalam untuk mencari rezeki. Waktu malam di sini bagai bermandi cahaya dengan deruan bunyi bot nelayan yang berlabuh selepas beberapa hari di laut.
    Hari minggu adalah waktu paling sesak di sini apabila pelawat membanjiri kawasan pantai. Kawasan pantainya yang luas juga membolehkan pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti sukaneka dan perhimpunan keluarga diadakan. Kedudukan pantai itu di kawasan teluk turut menjadikan perairannya begitu tenang dan sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan air termasuk bermain bola tampar, berenang atau berkhemah.
    Chalet terapung umpamanya memberikan anda pemandangan indah perkampungan nelayan berdekatan. Bayu laut yang bertiup lembut memberikan udara nyaman tanpa perlu menggunakan penghawa dingin.
    Pesisir pantai yang cantik dan tenang ini sangat sesuai untuk kawasan rekreasi keluarga, rombongan dan tempat kursus. Ia dibangunkan oleh pihak Majlis Daerah Tumpat dengan prasarana dan kemudahan seperti chalet, asrama, taman permainan, tandas awam, kedai makan, restoran, dewan serbaguna dan masjid.
    Dari Kota Bharu : Perjalanan dari bandar Kota Bharu ke Tumpat mengambil masa 20minit pemanduan dengan jarak 15km.
    kredit:caridestinasi.com, mdbachok.gov.my,cutikelantan.com

    Saturday, November 21, 2015

    Destinasi Membeli-belah terbaik di Kota Bharu

    PASAR BESAR SITI KHADIJAH
    Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan pelancong dan penduduk setempat. Pasar ini beroperasi seawal 7.00 pagi hingga 6.00 petang sangat meriah di hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur. Kedudukan yang amat strategik di pusat Bandar Kota Bharu memudahkan para pengunjung untuk bertandang.
    Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya dimonopoli oleh kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
    Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan (oktagon). 
    • Tingkat bawah - untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. 
    • Tingkat 1 - barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat pelbagai makanan seperti ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam yang merupakan makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. 
    • Tingkat 2&3 - barangan bukan makanan. pakaian, kain batik dan sebagainya. 

    Jika menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ini wajib dilawati. Malah, boleh berjalan kaki sahaja jika menginap di hotel-hotel yang berdekatan. Kemudahan ATM seperti BSN dan Maybank terdapat berdekatan dengan pasar ini.

    BAZAR TOK GURU
    Bazar Tok Guru adalah tempat membeli-belah terbaru di Kelantan yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 2011. Bazar Tok Guru bakal merupakan mercu tanda terkini di Kota Bharu.Bazar ini terletak di Jalan Sultan Ibrahim Kota Bharu iaitu bersebelahan dengan Balai Polis Kota Bharu dan berhampiran UiTM Kampus Kota Bharu. Kewujudan bazar ini adalah menggantikan pasar MPKB dan Arked UDA yang dirobohkan. Sebahagian besar peniaga di pasar MPKB dan UDA telah berpindah ke Bazar Tok Guru ini.
    Bazar Tok Guru bakal merupakan mercu tanda terkini di Kota Bharu. Ia dibina dengan konsep bercirikan Islam. Rekabentuk bangunan seperti kubah dan gerbang masuk diambil dari rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah.
    Pelbagai kemudahan yang disediakan di Bazar Tok Guru ini. Antaranya adalah:

    • Tingkat Bawah – Lot-lot perniagaan.
    • Tingkat 1 & 2 – Lot-lot Bazar berjumlah lebih 400 unit.
    • Kemudahan tempat letak kereta di tingkat semi basemen.
    • 4 pintu masuk utama.
    • Tempat letak bas pelancong.
    • Perhentian pengangkutan awam seperti bas, teksi dan beca.
    • Kaunter Penerangan Pelancong.
    • Kemudahan bank dan mesin ATM.


    Jika anda sedang bercuti di Kelantan, wajib singgah di Bazar Tok Guru untuk membeli pelbagai jenis pakaian seperti tudung bawal asli, kain sembahyang, kain batik dan sebagainya kerana harga di sini antara yang termurah di Kelantan. Pendek kata, semua ada. Malah sesetengah dari penduduk tempatan mengatakan Bazar Tok Guru adalah syurga membeli-belah terbaru di Kelantan dengan tawaran harga yang murah.

    Tip shopping di Bazar Tok Guru:

    • Terdapat perbezaan harga antara kedai-kedai di sini. Oleh itu, survey terlebih dahulu harga di setiap kedai sebelum membeli dan jangan lupa tawar menawar. Kebanyakan peniaga di sini sangat ramah dan mudah untuk berurusniaga.
    • Jika berpuas hati dengan penjual dan harganya, minta sahaja kad perniagaan mereka atau dapatkan nombor kedai supaya mudah untuk anda kembali membeli di kedai tersebut di kemudian hari.
    • Tudung bawal asli boleh dibeli dengan harga borong jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jadi sedikit sebanyak anda boleh menjana keuntungan jika dijual kepada rakan pejabat atau kenalan dengan harga pasaran terutamanya kepada orang luar Kelantan.
    • Di sini, pengunjung dapat memperoleh barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik miniatur, wau yang berwarna-warni, beg-beg, barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan yang lain. Harga yang berpatutan di sini menjadikan bazar ini amat popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar.



    BAZAR BULUH KUBU
    Bazar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Mengunjungi kompleks membeli-belah tiga tingkat ini menjadi kemestian bagi mereka yang gemar membeli-belah dan mengumpul barangan kraf.

    Di sini, pengunjung dapat memperoleh barangan kraf seperti kasut buatan tangan, replika alat muzik miniatur, wau yang berwarna-warni, beg-beg, barangan perak yang cantik, aksesori dan pelbagai jenis barangan yang lain. Harga yang berpatutan di sini menjadikan bazar ini amat popular dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar.

    PASAR BORONG WAKAF CHE YEH
    Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.

    Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah/barngan asas diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan pula setelah matahari terbenam.

    Pasar malam Wakaf Che Yeh ini adalah sebenarnya sebuah pasar malam biasa. Ya, pasar malam yang boleh dikatakan sangat meriah kerana terlalu ramai yang datang ke sini dan ia dibuka sehingga lewat malam. Pada hujung minggu pasar ini dibuka sehingga jam 2-3 pagi dan pada musim menjelang Hari Raya, ia dibuka sehingga subuh. Pada waktu inilah, ramai penduduk tempatan yang sanggup menunggu harga runtuh yang ditawarkan peniaga yang hendak menghabiskan stok barangan menjelang pagi raya. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil berbual mesra sesama sendiri.

    Sebagai simbol pelancongan, pihak Kerajaan Negeri telah melakukan banyak pembangunan prasarana di kawasan pasar ini seperti penambahbaikan kawasan pasar, pembukaan hotel-hotel baru, bangunan-bangunan perniagaan dan kedai-kedai makan. Malah Restoran McDonald dan stesen minyak yang berdekatan juga turut diwujudkan.

    Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan, pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk. Pada waktu malam, anda dinasihatkan tidak masuk melalui pintu gerbang untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lock kerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.

    Tips di Pasar Malam Wakaf Che Yeh
    • Jika ingin merasai pemandangan pasar malam yang sangat meriah, memang disyorkan ke sini.
    • Pelbagai ragam penjual dan pembeli boleh dilihat. Barangan yang dibeli biasanya konsep “see and buy” dan tiada barangan spesifik yang boleh didapati di pasar ini memandangkan ia berkonsep pasar malam.
    • Purata harga di pasar ini tidaklah terlalu murah, malah ada juga barangan yang boleh dikatakan lebih mahal berbanding ditempat lain seperti jersi bola, tudung bawal asli dan toto. Tetapi anda boleh membeli belah di sini jika tidak ke tempat lain. Contohnya jika anda tidak ke Rantau Panjang atau ke Pengkalan kubor untuk membeli barangan seperti toto, boleh lah dapatkan di sini.
    • Jika ingin membeli tudung bawal asli atau pelbagai jenis kain, selain di pasar malam ini, tempat yang terbaik adalah di butik tudung yang beroperasi di lot bangunan di kawasan pasar malam ini serta di Bazar Tok Guru, atau Pasar Siti Khadijah kerana lebih banyak pilihan dan lebih selesa untuk tawar menawar berbanding di pasar malam.


    ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG


    Nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan.Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.

    Bersesuaian dengan lokasinya yang bersempadan dengan Thailand, maka barang-barang yang dijual di sini adalah sinonim dengan barangan keluaran Negera Gajah Putih tersebut. Dari Toto, seluar Levi's, kasut, beg tangan, tikar, periuk, pinggan mangkuk, kain tudung dan bermacam-macam lagi termasuk la makanan dan buah-buahan.

    Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand yang menghubungkannya dengan pekan Sg. Golok. Jadi tidak hairanlah pekan ini dipenuhi dengan kedatangan pengunjung dari Thailand yang berurusan dan membeli barang keperluan setiap hari. Pada musim cuti am atau cuti persekolahan pekan ini juga penuh sesak dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara/pelancong asing membeli belah.

    Pengisytiharan sebagai Zon Bebas Cukai pada 2002, telah menjadikannya sebagai pusat membeli-belah yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun di Kelantan. Peralatan dapur dan buah-buahan boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membeli belah seperti Bank komersil utama, mesin ATM, money changer dan sebagainya.

    Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor.

    Tips membeli belah di Rantau Panjang
    • Bawa orang Kelantan supaya lebih mudah dan senang untuk tawar menawar, ataupun mereka yang boleh ‘kecek kelate’ (cakap loghat kelantan). Kalau tiada pun tidak mengapa, anda boleh praktikkan beberapa tip yang disediakan untuk mendapatkan harga yang istimewa dan mengelakkan dari dikenakan harga tidak masuk akal.
    • Tawar menawar terus dengan tauke kedai.
    • Pergi ke kedai tumpuan yang ramai pembeli dari kalangan penduduk tempatan. Jika tidak mahu membuang masa survey harga di Rantau Panjang, cari sahaja kedai yang mana ramai pembelinya dari kalangan warga tempatan. Peluang anda berjumpa kedai paling murah sangat cerah.
    • Elakkan datang ke sini pada hari Jumaat dan Sabtu terutamanya pada waktu petang kerana pada waktu inilah waktu yang paling sesak dan sukar untuk tawar menawar, membeli pun tidak tenang dengan orang ramai, ditambah pula terik panas.
    • Masa sesuai untuk membeli-belah adalah jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada waktu ini pengunjung belum ramai, jadi pekedai biasanya akan melayan anda jika anda ingin merunding harga sesuatu barang. Datang lebih awal lebih baik kerana lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk survey segenap kedai di Rantau Panjang bagi mendapatkan harga yang terbaik.
    • Perlu diingat, pekedai letih melayan karenah pembeli untuk tawar menawar, berkomunikasilah dengan pekedai dengan berhemah dan beramah mesra lah dengan mereka.
    • Anda penat dan lapar semasa membeli belah disini? Usah risau. Anda akan dapati kedai makan sangat banyak. Anda disarankan untuk singgah dimana-mana kedai makan disini. Masakan Kelantan + Siam banyak disediakan oleh kebanyakan kedai makan. Pasti anda berasa teruja untuk mencubanya.

    ZON BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBOR

    Pengkalan Kubor dikenali sebagai pusat membeli-belah dan merupakan kawasan bebas cukai yang terletak di sempadan Malaysia-thailand. Kawasan ini terletak kira-kira 35 km dari Kota Bharu.

    Pelbagai barangan buatan Thailand yang sama seperti dijual di Rantau Panjang. Di sini juga anda boleh mendapat periuk dan kuali berjenama seperti Tefal, Corelle, Corningware dan sebagainya. Harga yang ditawarkan lebih kurang sama dengan harga di Rantau Panjang. Pastikan anda berkunjung ke kedai yang authorized menjual barangan ini untuk mengelak daripada terbeli barang tiruan.

    Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut. Pihak kastam juga lebih strict kalau anda membeli barang penuh bonet.

    Tip membeli-belah di Pengkalan Kubor: 
    • Jika ke Pengkalan Kubor, tak perlu ke Rantau Panjang dan begitulah sebaliknya. Ini untuk menjimatkan masa dan wang anda. Walaubagaimanapun, jika mempunya masa yang banyak, boleh sahaja mengunjungi kedua-dua zon bebas cukai ini terutamanya pada mereka yang pertama kali datang.
    • Jika anda menginap di Kota Bharu, jarak ke Pengkalan Kubor lebih dekat berbanding Rantau Panjang. Jadi, rancanglah perjalanan anda dengan bijak.
    • Jangan lupa untuk singgah ke Pantai Genting atau Pantai Sri Tujuh selepas membeli-belah. Pantai Genting lebih meriah dan sesuai untuk berkunjung di waktu petang.
    credit: come2kelantan, cutikelantan, kelantan.gov,